7/13/2011

Komputer

Mempelajari komputer sememang sudah menjadi kemestian. Didalam zaman serba maju ini tidak mustahil seorang penjual nasi lemak juga menggunakan komputer. Dengan menggunakan komputer kita mampu meningkatkan lagi kualiti persembahan sesuatu perkara dan juga membolehkan kita mempelajari sesuatu yang baru dengan cepat.

Untuk makluman semua komputer terbahagi kepada 2 bahagian utama iaitu:

1. Perisian (Software)

Perisian boleh dibahagikan kepada tiga kelas utama iaitu perisian sistem, perisian pengaturcaraan dan perisian penggunaan.

•Perisian pengendalian membantu mengawal perkakasan komputer, sistem komputer dan sebagainya.

•Perisian pengaturcaraan selalunya menyediakan alatan untuk memudahkan pembikinan perisian itu sendiri. Contohnya pengkompil, penyunting teks dan lain-lain.

•Perisian penggunaan atau aplikasi membantu menjalankan tugas-tugas bersifat gunaan(tidak berkenaan dengan komputer) seperti mengarang, melukis, mengedit gambar dan sebagainya.

2. Perkakasan (Hardware)

Peralatan fizikal yg melaksanakan tugas pemprosesan data termasuklah CPU dan peranti-peranti sokongan

Kategori komputer:

a) ‘Supercomputers’ - mesin yg berkepantasan tinggi dalam memproses data (angka dan huruf) bagi tugas-tugas ketenteraan dan saintifik, memiliki storan yg besar dan 10 kali lebih pantas daripada kerangka utama

b) Kerangka utama - digunakan secara meluas dlm perniagaan, boleh memproses berjuta-juta urusniaga sehari dan menyelaras beratus-beratus peranti peralatan

c) ‘Minicomputer’ - di antara kerangka utama dan komputer mikro, didatangkan dlm pelbagai saiz dan keupayaan, boleh beroperasi dalam persekitaran pejabat biasa.

d) Komputer mikro - kali pertama diperkenalkan pada tahun 1977 - komputer peribadi, termasuk ‘laptop, notebook dan desktop’. Semenjak tahun 1981, komputer mikro IBM menjadi piawai industri bagi digunakan dalam perniagaan

e) Pembantu Peribadi Digital (PDA) - ‘organizer’ - peranti yg boleh dibawa ke mana-mana, direkabentuk utk melaksanakan tugas-tugas tertentu seperti senarai nombor telefon, perancang perjalanan, senarai pelanggan, pembekal dll
Sila ke bahagian yang berkaitan :

1. Perisian ( Software )
2. Perkakasan ( Hardware )

Tidak ada komentar:

Posting Komentar