7/13/2011

Apa itu MS Access




MS Access ?
Program ini adalah berfungsi untuk membina database. Database adalah koleksi data yang tersusun dan boleh dimanipulasikan.

Access adalah satu perisian pangkalan data yang bersifat RDBMS (Relational Database Management System). Access dapat menyimpan dan mencapai data/maklumat berdasarkan perhubungan atau perkaitan yang ditakrif oleh pengguna.

Melalui Access kita boleh menyusun atur data/maklumat mengikut sesuatu perkara, supaya data yang kita simpan mudah untuk dikesan. Kita boleh menyimpan data bagi perkara-perkara yang berbeza, tetapi ada juga yang mempunyai perkaitan antara satu sama lain, dan data yang berkaitan ini mudah untuk digunakan.

Pangkalan data: Merupakan satu koleksi maklumat atau objek yang digunakan untuk mengurus angka-angka dan fakta-fakta. Maklumat tersebut dihubungkaitkan dengan sesuatu perkara atau tujuan.

Terdapat beberapa bahagian didalam ms access:

Jadual (Table): Merupakan satu objek dalam pangkalan data yang mana angka dan fakta-fakta disimpan dalam bentuk 2-dimensi, dalam baris dan lajur.

Carian (Query): Merupakan maklumat yang ingin diketahui oleh pengguna dari suatu pangkalan data, sama ada tentang nama pelanggan, hasil keluaran yang tertinggi, atau keputusan peperiksaan yang terbaik.

Borang (Forms): Merupakan satu bentuk atau rangka untuk memudahkan pengguna mengedit, memasukkan, atau melihat data. Bentuk yang telah dibina itu juga boleh dicetak untuk kegunaan tujuan lain.

Laporan (Report): Merupakan laporan pangkalan data dalam bentuk cetakan. Laporan ini boleh dibina dengan memasukkan medan-medan tertentu, output dari pengiraan, tajuk, graf, gambar rajah dan maklumat-maklumat lain yang dirasakan perlu.

Makro (Macro): Digunakan untuk melakukan tindakan asas secara automatik dan membolehkan objek-objek berkerja bersama tanpa melibatkan pemprograman, misalnya MS Access secara automatik akan membuka satu set Form apabila pangkalan data dibuka, atau klik satu butang untuk mencetak laporan secara bulanan, atau untuk membuka Form yang lain.

Modul (Module): Prosedur dalam bahasa Visual Basic untuk melakukan operasi-operasi yang lebih kompleks dan tidak disediakan oleh makro.

Medan (Field): Merupakan satu kategori maklumat dalam jadual, seperti alamat, judul buku, identiti pelanggan dsbnya. Medan mewakili lajur daripada jadual

Tidak ada komentar:

Posting Komentar